Selamat datang ke blog SK LKTP Jengka 20

16 November 2010

SELAMAT BERCUTI & SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA & MAJLIS PERPISAHAN GURU2 BERTUKAR DAN JAMUAN AKHIR TAHUN BERSAMA MURID THN 6 2010


Selamat bercuti dan menyambut hari raya aidihadha diucapkan kepada semua guru SK LKTP Jengka 20, pada guru2 yang bertukar ke sekolah baru, selamat bertugas dan jaga kesihatan baik2.

Majlis jamuan perpisahan dan jamuan akhir tahun bersama murid thn 6 telah diadakan pada hari ini.

PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM





















Perkhemahan unit beruniform telah dijalankan pada 13 November 2010.

08 November 2010

PROGRAM MEMBACA 1MALAYSIA






Sambutan program membaca 1 Malaysia peringkat SK LKTP Jengka 20 telah dilancarkan pada 08 November 2010 oleh Guru Besar Pn Remelah bt Mamat. Antara program ialah membaca petika untuk murid2 tahap 1 & 2. Selepas itu diadakan soal jawab mengenai petikan yang telah dibaca oleh murid2.

13 Oktober 2010

PERLANTIKAN DUTA MOH CEGAH JENAYAH





3 orang murid telah dilantik sebagai DUTA Moh Cegah Jenayah. Duta-duta telah diberikan tshirt MOH CEGAH JENAYAH. Duta-duta diwajibkan memakai tshirt tersebut pada setiap hari rabu. Perlantikan duta ini adalah untuk bersama-sama membanteras jenayah di peringkat sekolah.

1. Mohamad Sabri Ikhmal Rizal
2. Intan Nurul Atika
3. Fatin Atira

12 Oktober 2010





Sambutan Bulan Bahasa Peringkat SK LKTP Jengka 20. Antara Program yang diadakan ialah bacaan sajak, nyanyian lagu-lagu bahasa, pantun dan lain-lain. Program di SK LKTP Jengka 20 telah diadakan pada 11 Oktober 2010.

GURU BARU

SK LKTP Jengka 20 telah menerima kehadiran guru baru yang bertukar dari SK SIPITANG Sabah, beliau ialah En Azhar bin Awang dan telah mepaorkan diri pada 11 Oktober 2010. Cg Azhar merupakan guru pemulihan di SK LKTP Jengka 20. Pihak sekolah mengucapkan selamat datang kepada Cg Azhar.

05 Oktober 2010

WAJAH-WAJAH SKJ20






Wajah-wajah keceriaan SK LKTP Jengka 20 sehingga kini..

SIMBOLIK TANAM POKOK BUNGA RAYA


Simbolik penanaman pokok bunga raya sempena sambutan Hari Kemerdekaan kali ke 52, peristiwa bersejarah ini diadakan pada 30 Ogos 2010.

10 Ogos 2010

AMBANG MERDEKA







Sambutan ambang merdeka

KEMBARA BUKU

BLA BLA BLA BLA

13 Mei 2010

GOTONG ROYONG SEMPENA HARI GURU

TARIKH : 15 MEI 2010
HARI : JUMAAT
MASA : 8.30 PAGI
SASARAN : SEMUA GURU & KAKITANGAN, SEMUA MURID & IBUBAPA,
JEMPUTAN: PENGURUS FELDA J20, JKKR, GPW, BELIA, NGO DLL.

SEMUA DIJEMPUT HADIR UNTUK MEMPERKUKUHKAN SILATURRAHIM SESAMA KITA.
KLIK UNTUK LIHAT SURAT SIARAN KPM.

11 Mei 2010

SAMBUTAN HARI GURU 2010

HARI : ISNIN
TARIKH: 17 MEI 2010

SETIAP KELAS AKAN MENGADAKAN SATU PERSEMBAHAN SEMPENA HARI GURU. DIMINTA KEPADA GURU-GURU KELAS MENYEDIAKAN MURID-MURID UNTUK PERSEMBAHAN TERSEBUT.

10 Mei 2010

ATLIT SEPAK TAKRAW DAERAH MARAN

Seorang murid SK LKTP Jengka 20 telah mewakili Daerah Maran bagi kejohanan Sepak Takraw yang berlangsung di Jerantut. Murid tersebut ialah Mohd Syamir bin Mohd Safri dari tahun 5 Arif. Daerah Maran Mendapat tempat ke 2 bagi kategori regu dan berpasukan. Tahniah diucapkan!

PROGRAM HARI BUKU DAN HAK CIPTA SEDUNIA

TARIKH : 30 APRIL 2010
HARI : JUMAAT
TEMPAT : DATARAN SEKOLAH

TENTATIF:

8.00 PAGI : -Perhimpunan
-Nyanyian lagu Kebangsaan & Pahang & Sekolah
-Lagu Mari Membaca

: -Bacaan Senyap
-Membaca Bersama (Tukar Buku Suka Sama Suka)
-Ringkasan Biodata (Beberapa Orang Penulis Terpilih)
-Ucapan Guru Besar
-Ucapan YDP PIBG
-Bercerita Tahap 1 & 2

9.15 PAGI -Bersurai

TEMA : ”MEMBACA MEMPERKAYA MINDA”





26 April 2010

P2 TAHUN 6

Peperiksaan P2 bagi tahun 6 akan bermula pada 27-30 April 2010.

22 April 2010

Sukan Tahunan Kali ke-17

Kejohanan Sukan Tahunan kali ke-17 telah berlangsung dengan jayanya pada 4 April 2010. Kejohanan tersebut telah dirasmikan oleh YB Parlimen Kuala Krau.

21 April 2010

5A UPSR 2009

Pelajar Cemerlang UPSR 2009