Selamat datang ke blog SK LKTP Jengka 20

19 Februari 2011

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL





Sambutan Maulidur Rasul peringkat SK LKTP Jengka 20 telah diadakan pada hari jumaat 18/02/2011 dengan tema 1Malaysia 1Ummah.

Pelbagai aktiviti diadakan untuk pelajar tahap 1, antaranya ialah ceramah Maulidur Rasul, Berselawat, Perarakan dan pertandingan bercerita, hafazan dan tilawah al-Quran.

Manakala Pelajar tahap 2 berarak bersama-sama komuniti Jengka 20 yang dianjurkan oleh pihak Felda Jengka 20. Mereka bersama-sama berarak dari Pejabat JKKR menuju ke masjid, selepas itu mendengar ceramah Maulidur Rasul yang disampaikan oleh Ustaz Rujhan.

17 Februari 2011

SELAMAT DATANG


Selamat datang diucapkan kepada GB besar baru SK LKTP Jengka 20 iaitu En Bustami bin Hassan bagi menggantikan Pn Remelah bt Mamat yang bertukar ke SK LKTP Jengka 08.

06 Januari 2011

BAYARAN TAMBAHAN PERSEKOLAHAN 2011

Bayaran Tambahan Persekolahan bagi Tahun 2011 boleh dibayar mulai 06 Januari 2011.


Tahun 1-5 sahaja

Bayaran Tambahan Persekolahan 2011

RM38.50

Sumbangan PIBG

RM46.00

Jumlah

RM84.50

Tahun 6 sahaja

Bayaran Tambahan Persekolahan 2011

RM38.50

Sumbangan PIBG

RM46.00

Kecemerlangan Tahun 6

RM100.00

Jumlah

RM184.50

03 Januari 2011

SELAMAT MENYAMBUNG KE PERSEKOLAHAN 2011

Selamat kembali ke persekolahan bagi tahun 2011 kepada semua guru-guru dan murid-murid. Semoga tahun ini mendatangkan kejayaan kepada warga SKJ20 semua. Walaupun bermula dengan hujan yang turun renyai-renyai, tidak mendatangkan masalah kepada semua guru dan murid untuk memulakan alam persekolahan bagi tahun 2011 ini. SELAMAT BERJUANG!..